
Title | : | Aku Tak Suka Kau! |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | - |
Language | : | Malay |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | - |
Publication | : | First published April 1, 2015 |
“Kalau kau nak tahu, aku masih mencintai Izz Zhafran dan aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku menyesal kahwin dengan kau, Iskandar! Menyesal! – Nina Natasha
Semuanya bagaikan mimpi ngeri yang membuatkan Iskandar terlontar jauh. Mengapa semua ini terjadi, sedangkan dia terlalu sabar dan begitu setia pada isterinya?
“Setiap kali lepas solat, abang akan berdoa minta ALLAH lembutkan hati sayang dan terima abang sebagai suami sayang. Abang akan tunggu sampai hati sayang terbuka untuk abang.” – Iskandar
Iskandar terus berkorban demi untuk isteri tersayang. Apakah mampu dia memiliki sepenuh hati Nina? Atau berundur dari hidup Nina? Tanpa cinta, tiadalah bahagia. Tanpa kasih sayang, tiadalah kemesraan.
Aku Tak Suka Kau! Reviews
-
[13-2020]
#AkuTakSukaKau #EmyRaziela
Novel penulis yang saya baca sebelum ini biasanya tidak habis dek kerana lelah dengan perwatakan watak yang dilakarkan penulis. Tapi, untuk novel ini saya kira penulis ada melakukan sedikit penambahbaikan walaupun saya kira pergerakan cerita ini agak perlahan.
Barangkali sebab sudah terbiasa dengan watak heroin yang bermulut puaka nukilan Siti Rosmizah, menjadikan karya ini saya kira seperti membaca novel 7 Hari Mencintaiku. Heroin bermulut lancang dan hero yang terlalu sabar. Cumanya, karma yang diberikan kepada watak jahat untuk novel ini lebih memuaskan!
Secara total, novel ini bagi saya okay saja. Cuma bila masuk penggunaan dialog loghat/dialek Kelantan, menjadi serba tidak kena. Maksud saya ada babak yang tidak memerlukan penggunaan tersebut tapi penulis menggunakannya membuatkan fokus pembacaan terganggu. Apa-apa pun usaha penulis untuk penghasilan novel ini wajar diberi pujian. -
Masa mula² baca tu... Rasa meluat pun ada sbb ada kaitan ngn hidup org kaya,biasa lah kan klau nama pun org kaya yg tk ingt dunia tu... Mmg lah kita tk suka,tapi ada byk pengajaran islam yg ada dlm buku ni😊
Saya bgi 5 ⭐ sbb penulis ni buat saya rasa kagum... Cara dia atur hidup org kaya tu dri senang ke miskin,dri miskin jdi taubat... Masha Allah 🥰 -
Uhuks...