
Title | : | Kumpulan Puisi: Membaca Makna Sekuntum Hayat |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | 9674601937 |
ISBN-10 | : | 9789674601935 |
Language | : | Malay |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | 75 |
Publication | : | First published January 1, 2016 |
Ketelitian penulis dalam memaknakan karya ini untuk disulamjanlinkan dengan puisi-puisi yang terdapat dalam nashkah ini untuk memperlihatkan kematangan penulis dalam menzahirkan rasa dan jiwanya. Rangkuman puis yang mulus ini menepis mesej kepura-puraan, demi menyerlahkan "roh" kepuisiannya.
Kumpulan Puisi: Membaca Makna Sekuntum Hayat Reviews
-
Kumpulan puisi dengan pengucapan sederhana meski ada kala menampilkan diksi dan perlambangan yang agak janggal serta beberapa sajak yang cenderung prosaik sehingga menjejaskan sifat puitis yang sepatutnya dipertahankan.
-
Rosnani Ahmad berkarya agak lama sejak tahun 1990 an, lebih kurang 25 tahun berkecimpung dalam arena penulisan kreatif sastera. Karya beliau dalam bentuk eceran dan antologi bersama agak lumayan banyaknya. Setelah sekian lama menulis baru kini beliau berpeluang (atau diberi peluang) menerbitkan Kumpulan Puisi persendiriannya yang sulung.
Secara peribadi saya pernah mengikuti perkembangan penulisan beliau di facebook kerana kebetulan kami sering berada dalam kumpulan facebook (facebook group) yang lebih kurang sama iaitu kumpulan penulis. Jadi sedikit sebanyak saya sudah biasa dengan gaya dan nuansa Rosnani Ahmad yang cenderung memakai simbol alam dalam karya beliau. Kecenderungan ini ketara sekali dalam naskah Membaca Makna Sekuntum Hayat ini. Dalam 65 buah sajak hanya 1 sajak yang tidak memakai simbol alam. 64 sajak lain didapati memakai simbol alam secara literal, simbolis dan juga majas.
Dengan rendah diri penulis memulakan sajak berjudul Aku sebagai pembuka naskah dan lanjutan pengenalan pada ruangan prakata. Sajak aku ini memberi gambaran tentang siapa (asal-usul) dan apa tujuan kehidupan serta penulisan beliau. Sajak yang ditulis dengan diksi sederhana dan dibumbui dengan simbol-simbol dan citraan alam semulajadi menjadikannya sebagai permulaan yang agak menarik untuk terus menyelak halaman berikutnya.
Ada beberapa buah sajak yang saya kira agak menonjol dari yang lain, antaranya ialah Membaca Makna Sekuntum Hayat, Menanti Cahaya Kasih, Mesej Terhalang, Misteri Cinta Di Matamu, Perlumbaan Hidup dan Sepotong Doa di Sepertiga Malam. Ada percubaan lari dari kebiasaan gaya penulisan romantis-melankolis bilamana Rosnani mengungkap rasanya dengan simbol yang agak liar sedikit dalam sajak Sepotong Doa Di Sepertiga Malam:
“...bermunajat di sepertiga malam
agar sepotong doanya
menjadi matahari
menjatuhkan cahaya
menelan segala kegelapan...”
“...doanya/menjadi matahari...” Terkesan liar sedikit simbol matahari digandingkan dengan doa tetapi itu yang menjadikan sajak ini indah. Diikuti oleh simbol-simbol yang sepadu dan sepadan dengan alur penceritaan di mana matahari/cahaya/gelap dipadankan menjadi stanza yang indah dan berkesan dari bentuk luaran maupun isinya.
Secara keseluruhan naskah ini berjaya menyampaikan emosi, rasa dan nuansa penulis kepada khalayak pembacanya. Naskah ini juga berjaya menjalankan tugasnya sebagai karya sastera yang tidak hanya menyajikan hiburan kosong (Baca: Jajan) tetapi yang memberi nilai tambah positif (Baca: Gizi) kepada pembaca.
Naskah ini membuktikan Rosnani Ahmad adalah penulis yang cermat dalam memilih kata dan berjaya merefleksi jiwanya dengan unsur alam yang indah-indah. Sebagai penulis wanita berpengalaman dan telah terdedah kepada gaya-gaya lain yang baru dan avant-garde, saya mengharapkan agar Rosnani lebih banyak berekspresi dengan pola selain romantis-melankolis. Saya berasa lega kerana Rosnani tidak menjadi klise dengan dirinya sendiri di dalam naskah ini.