Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya


Nyanyian Tanjung Sepi
Title : Nyanyian Tanjung Sepi
Author :
Rating :
ISBN : 9838936766
Language : Malay
Format Type : Kindle , Hardcover , Paperback , Audiobook & More
Number of Pages : 755
Publication : First published January 1, 2006

Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuannya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini.

Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan.


Nyanyian Tanjung Sepi Reviews


  • Gobokairina

    Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

    Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

    Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

    Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

    Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

    Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka ‘tergantung’ seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P

    Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

    Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D

  • zairaidah

    Saya tak pasti novel ni diterbitkan pada tahun bila. Sebab timeline dalam ni sekitar tahun 1990 hingga 2005 mungkin. Masa ni belum ada kemudahan telefon bimbit. Masih lagi berutus surat antara keluarga.

    Syarifah Nuur Khalida, dia pernah jatuh cinta dalam diam. Tapi terpaksa buang jauh apabila terpaksa menerima pinangan dari Dr Aqmar Aziz. Si lelaki ini pulak jatuh cinta pandang pertama kepada Lida. Memang dia sayang sungguh2 pada Lida, disayangi, dicintai, dikasihi sepenuh hatinya. Lida ni sifat malunya sangat tebal. Mukanya jadi cepat merah kalau diusik. Lalu, hatinya jadi lembut untuk menyambut cinta dari belahan jiwanya.

    Saya suka dengan olahan Kak Su. Dia selalu jadikan watak perempuan yang bersopan santun penuh dengan adab. Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. Apatah lagi dengan gaya bahasa melayu yang membuai.

    Saya ingatkan mereka bahagia tapi ujian datang mengganggu. Saya betul harapkan mereka suami isteri tak bercerai. Saya jadi kasihan sangat pada Lida. Sudahlah maknya meninggal dunia, kemudian anak perempuannya Hannah juga meninggal, diikuti pulak Dr Aqmar Aziz yang dalam diam berkahwin dengan Tengku Dara. Sakit betul hati saya. Saya tetap tak boleh nak terima dengan apa yang Dr Aqmar Aziz buat. Boleh ye Tengku Dara buat ugutan macam tu. Tapi itulah, ada hikmah sebenarnya. Huhuhu... Mood sedih lagi ni.

    Tapi takdir Allah itu sangat cantik. Lida berjumpa kembali dengan cinta pertamanya seperti mana Tangku Dara dengan Dr Aqmar Aziz. Cinta pertama dan cinta kerana Allah. Dr Zainur ni sanggup pulak jadi bujang terlajak. Nasib la jodoh dia dengan Lida masih ada. Ending yang sangat lah sempurna. Masing2 kena redha kan. Hidup itu sendiri adalah sebuah perjalanan. Dengan itu Lida sendiri menjadi wanita kuat untuk teruskan hidup.

    Lagi satu, sebab tu lah Islam tak galakkan berkahwin dengan saudara terdekat. Macam Lida dengan Aqmar, mereka adalah tiga pupu.

  • Juliza

    Selepas berperang dengan bulan percukaian pada penghujung Jun (pengajaran: janganlah beria-ia yakin boleh menyelesaikan e-Filling di hujung-hujung waktunya seperti perempuan yang menulis review ini) dan sesudah berdaya(Alhamdulillah) mengharungi demam, batuk juga selesema - akhirnya hamba berjaya 'touch down' di muka surat terakhir naskhah indah bertajuk Nyanyian Tanjung Sepi (NTS) ini.

    Sebenarnya tiada apa pun yang perlu hamba review lagi (tetapi kerana hamba sedikit - sedikit saja ya - becok seperti Haslinda sudah tentu hamba ingin menulis juga :-P) tentang novel tulisan Noor Suraya (Kak Su) ini kerana hamba kira semua yang pernah membacanya sudah tahu di mana letak duduk NTS dalam hati mereka. Dan setelah
    Surat Ungu untuk Nuha,
    Jaja & Din serta
    Keranamu Ain, NTS ternyata yang terbaik hamba pernah baca dari hasil jemari Kak Su (setakat empat buah inilah).

    Seperti selalu dalam karya-karyanya yang hamba baca terdahulu, Kak Su sering membuat hamba merasa dekat dengan pelakon-pelakon di atas pentas kertasnya dan NTS tidak terkecuali. Hamba merasa cukup dekat dengan Aqmar Aziz dan Syarifah Nuur Khalida. Walaupun hamba tidak mengerti kepolosan terlalu Syarifah Nuur Khalida dalam beberapa perkara dan tentunya hamba tidak faham kesabaran maha tinggi serta keputusan Aqmar Aziz dalam banyak hal tetapi masih, hamba merasa sangat dekat seperti hamba benar-benar mengenali mereka.

    Keindahan bahasa dan kelembutan lengok tulisan NTS pula sudah tidak perlu dibicarakan lagi kerana hasil jemari Kak Su bagai sudah terimunisasi begitu. Dan kerana kualiti itu, hamba tidak banyak complaint apabila nama penuh pertama watak-watak utamanya melata digunakan tanpa jemu. Syarifah Nuur Khalida. Aqmar Aziz. Zainur Arieff. Syarifah Azizah Jamilah. Dalam beberapa kes lain (wah, macam pembentangan kes studi saja bunyinya - hehehe), hamba kurang senang dengan penulisan nama sebegitu.

    Bagaimana NTS diberi titik noktah terakhir pula, hamba tidak ada yang perlu dikomentar kerana Aqmar Aziz dan Syarifah Nuur Khalida tetap saling berbahagia walaupun dengan jalan mereka sendiri. Dan, apa yang lebih membahagiakan (walaupun hamba masih menangis pilu ketika menatap muka surat akhir) ialah mereka berbahagia dalam mengenal erti cinta yang sebenar-benarnya - cinta pada DIA.

    Dan sebelum hamba terlupa - tentang Aqmar Aziz - betapa hamba merasa hendak menobat dia menjadi Hero Novel Terhebat Sepanjang Zaman. Perjalanan cintanya dengan Syarifah Nuur Khalida dan terutama perjalanan dia dalam menumpukan seluruh cinta hanya pada-NYA berjaya membuat hamba yang 'berhati kering'* ini menangis tidak berhenti sejak muka surat 635 sehingga akhir. Siapa bilang cuma heroin saja yang boleh berduka lara sehingga membuat pembaca menangis sama? Percayalah, Aqmar Aziz boleh membuat anda menangis dengan lebih lagi bukan kerana kisah cintanya saja tetapi kerana kisahnya itu membuat kita mengukur diri kita sendiri. Pilu.

    p.s Nama puteri kedua Syarifah Nuur Khalida - Filzah - alahai, itu nama kesukaan hamba yang hamba gunakan dalam tulisan 'cetapesi' (cerita tak pernah siap) hamba. (^_^)



    * Hati kering konon! Siapa agaknya yang tidak pernah gagal menangis setiap kali ter-tonton iklan PETRONAS Hari Raya 1999 di Youtube? Huh!

  • Along Norhamira

    Tak pernah tak kagum dengan idea Kak Su dalam setiap novel dia. Dengan susunan bahasa yang indah cantik tersusun, memang this novel deserves 5 star.

    Sebab dah kenal dengan Dr. Aqmar Aziz dan Sharifah Nur Khalida dalam Jaja&Din, Kekasih Waktu dan Seperti Mencintaimu Ain, memang teruja habis lah nak tahu apa yang sebenarnya berlaku dengan kisah cinta mereka. Dan bertambah teruja bila masuk part Haslinda, mak si Jaja dan keluarga kecil diorang tu, memang tahan gelak je dengan perangai tak semengah doktor beranak tiga tu.... 😀

    Cerita ni sebenarnya sedih sangat. Buat aku belajar, setiap apa yang kita punya tu sebenarnya semua milik Allah. Dan bila dia tarik semuanya dari kita, kita perlu belajar melepaskannya walau pun kita rasa dah tak tertanggung. In other word, redha. Although it takes times. Ambillah banyak mana masa sekalipun, yang penting at the end of the time, kita dah boleh accept segala takdir tu dengan lapang dada.

  • Dyh Usen

    Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuannya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini.

    Sinopsis :

    Mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Syarifah Nuur Khalida - Aqmar Aziz – Zainur Arieff – Tunku Dara Aida.

    Syarifah Nuur Khalida ~ Tidak diduga kedatangannya di hospital untuk menjaga adik saudaranya yang sakit ditimpa kemalangan, rupa-rupannya memercikkan rasa cinta di hati seseorang.

    Aqmar Aziz ~ Hatinya pernah terluka ditinggalkan sang kekasih. Namun kehadiran seorang bidadari di wad Ortopedik suatu hari itu, memukau matanya. Aqmar jadi terpana dengan wajah si dia yang umpama sang bulan purnama itu.

    Zainur Arieff ~ Tanpa pengetahuan dia sendiri, rupa-rupanya di dalam diam ada gadis yang telah mengukir namanya di sudut hati.

    Tunku Dara Aida ~ Melepaskan sang kekasih merupakan satu kesilapan yang besar, katanya. Lalu bila bertemu semula, Dara Aida mahu menyambung kembali tali kasih yang telah putus sekian lama dulu.

    Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. – Syarifah Nuur Khalida

    Ulasan :
    Saya beli Nyanyian Tanjung Sepi ini sebab nak kenal sangat dengan Doktor Aqmar Aziz yang selalu sangat namanya muncul di karya-karya penulis Noor Suraya. Pada yang pernah baca novel Jaja & Din juga Surat Ungu Untuk Nuha pasti pernah kenal dengan sebaris nama ni. Nama yang muncul hanya untuk beberapa mukasurat tu rupa-rupanya punya cerita tersendiri. Ya. Di sinilah kisah Doktor Aqmar Aziz bermula.

    Sentiasa suka pada lenggok bahasa penulis ini. Ini juga buku pertama penulis yang saya baca bukan dari keluaran Jemari Seni. Rupanya lenggok bahasa indah itu memang sejak dari dulu lagi.

    Cara penulis gambarkan sifat heroinnya yang polos tu buat saya tersenyum. Ya, Khalida itu anak dara yang masih mengintai sang teruna secara diam-diam. Mencuri pandang di sebalik buku. Menyembunyikan senyumnya. Manis. Maklumlah zaman la ni semuanya ekstrem belaka (ehem. Termasuklah yang mengulas ni pun) :p

    Membaca Nyanyian Tanjung Sepi seolah membawa kita bersama – sama dengan Syarifah Nuur Khalida. Bila mana dia jatuh hati pada pensyarahnya secara diam-diam dia jadi malu-malu dan kita juga akan turut rasa malu-malu. Bila dia jadi meluat dengan Aqmar yang berani-berani merisik dia, kita juga akan rasa meluat dengan Doktor Aqmar. Bila Khalida rasa kecewa kerana si arjuna hatinya sudah pun berpunya, kita akan turut rasa kecewa. Bila Khalida sedih kerana kehilangan sahabat baiknya, kita juga turut rasa hiba.

    Nyanyian Tanjng Sepi juga membawa kita mengembara masa bersama Khalida. Dari si dara yang tidak betah dengan kerja-kerja dapur, dia menjadi wanita yang matang. Dari anak manja emak, dia berubah menjadi si isteri yang sentiasa bawa bahagia pada sang suami. Bukankah dia permaisuri di kerajaan hati suaminya.

    Membaca NTS tidaklah sampai menggugurkan air mata , tapi tetap mengundang rasa sebak. Saya kira penulis pandai menyeksa hati pembaca. Sebabnya di dalam cerita ni kita tak akan sampai hati menyalahkan mana-mana pihak pun. Di hujung-hujung cerita, bila beberapa kebenaran mulai terbongkar, kita sebagai pembaca turut rasa serba-salah juga. Turut rasa keliru. Tak ada siapa pun yang selayaknya untuk dibenci.

    Terima kasih kepada penulisnya Puan Noor Suraya kerana membawa kami pembaca larut dalam kisah cinta yang sungguh menyayat hati ni. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa dapat membongkarnya selagi waktunya belum tiba.

    Dan tahulah saya kenapa Doktor Aqmar Aziz ini sungguh disayangi oleh penulisnya. Saya kira sayang sebab kak su sentiasa buat cameo pada watak doktor ni.^^
    5*/5* untuk naskah ini.





  • Limau Nipis

    Kali kedua membaca karya nukilan Noor Suraya (karya pertama yang saya baca, awal tahun ini; Surat Ungu Untuk Nuha), saya sudah jatuh hati dengan lenggok bahasanya yang tersusun indah. Novel ini saya kira wajib baca untuk kita mengenal erti cinta, yang berlandaskan agama dan bersempadankan adat. Dinobatkan novel terbaik CESB 2006 (dan berasal dari e-novel), kisah yang mudah, tetapi dilatarkan dengan kerjaya kedoktoran menjadikan novel ini agak berat.

    Syarifah Nuur Khalida, watak utama novel Nyanyian Tanjung Sepi merupakan seorang pelajar perubatan tahun kedua di USM. Beliau telah menarik hati seorang doktor bernama Aqmar Aziz ketika Khalida menjaga sepupunya di hospital.

    Bahagian pertama menfokuskan kepada Khalida yang belajar di USM, dan kehidupannya sebagai seorang pelajar, sebelum 'dipaksa rela' berkahwin dengan Doktor Aqmar Aziz (dan terpaksa melupakan seseorang yang pernah diminatinya secara sembunyi). Jarak usia 11 tahun antara Khalida dan Aqmar tidak menghalang pernikahan mereka, dek kerana perjanjian keluarga yang mengikat mereka semasa kecil. Khalida harus pasrah kerana menghormati kehendak arwah ayahandanya, sama seperti ketika dia pasrah meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, atas wasiat ayahnya jua.

    Doktor Aqmar Aziz, watak yang sangat penyabar, dan lebih mengutamakan Yang Khalik daripada segala-galanya. Maka seharusnya perkahwinan ini menggembirakan beliau, kerana Khalida merupakan pilihan hatinya, tambahan pula direstui sebagai pilihan keluarga.

    Bahagian kedua pula menfokus selepas Khalida tamat belajar. Imbasan-imbasan kisah bagaimana beliau jatuh hati terhadap suaminya sendiri, atau kisah dia menangis di malam pertama (agak menggelikan hati) menyebabkan kita sebagai pembaca memahami mengapa Khalida mencintai Aqmar.

    Lalu kebahagiaan ini diserikan dengan cahaya mata mereka, Nuur Hannah, yang mereka tunggu-tunggu selepas 3 tahun bernikah. Tetapi, akan terjadi sesuatu terhadap Nuur Hannah, yang menggoncang keyakinan Khalida. Aqmar masih lagi bersabar dengan dugaan dari Yang Esa itu.

    Kisahnya pantas, dan tidak menfokus kepada perasaan kecewa yang Khalida atau Aqmar alami. Malahan, jodoh mereka tidak pun panjang dek kerana terjadi suatu konflik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hujung kisah Khalida-Aqmar, kita masih dapat merasakan ketulusan hati Aqmar. Mereka bercerai secara baik, dengan Khalida masih mencintai bekas suaminya sedalam mungkin.

    Lalu kisah ini mempunyai kesudahan yang indah bagi Khalida dan Aqmar sendiri. Khalida bernikah dengan Doktor Zainur Arief, cinta pertamanya yang disimpan di dalam hati, dan Aqmar berjaya mendidik Tunku Dara Aida menjadi muslimah sejati.

    Penghujung kisah, mata saya masih basah menghayati keagungan cinta Aqmar terhadap Yang Esa (Khalida sendiri berkata: "Dia hanya mencintai Islam, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya").

  • Cik Pah

    Kenali watak Dr Gatal gelaran yang diberi kepada Dr Aqmar Aziz sebelum bulan purnamanya Sharifah Nuur Khalida sah menjadi isterinya. Didalam novel ini terselit sedikit mengenai Jaja melalui novel Jaja & Din yang tertanya-tanya kenapa bapa angkatnya itu menceraikan isterinya meskipun cintanya masih membara. Sedih!!! Selimut menggantikan tisu menyapu air mata ku, sob sob.

  • Rehan Makhtar

    Para penulis di luar sana - senior / junior. Kalau kata nak belajar tentang kematangan penulisan... inilah bukunya. Belajar cara kak Su menggarap dan menyusun cerita bukan plagiat eh...

  • Afifah.

    Menghabiskan nashkah hebat Kak Su ini dengan hati yang walang dan berkali kali air mata berlinangan. Apa yang hebatnya tentang novel ini ialah keindahan bahasanya, yang mana, bila saya membaca novel ini, saya baca dengan perlahan (kebiasaannya, bila baca novel, pantas sahaja) seolah- olah memahami dan mengolah bait-bait ayat yang indah dari Kak Su.

    Dari segi jalan cerita memang terbaik, tidak pernah terdetik pn bahawa jalan ceritanya meleret- leret.

    Dan, yang paling utama, kekuatan watak utama dalam novel ini. Syarifah Nuur Khalida. Nyanyian Tanjung Sepi membawa saya menghayati dan menyelami watak Khalida. Dari seorang budak yang baru menginjak ke usia remaja, berkahwin dengan lelaki yang berbeza umur sebelas tahun atas wasiat ayahnya yang menjadi junjungan, belajar menjadi isteri Doktor Aqmar Aziz dan juga menerima seadanya 'belahan jiwa' Khalida walaupun awal- awal perkahwinan Khalida masih lagi tidak dapat menerima Doktor Aqmar.

    Mana mungkin boleh menerima berita yang disampaikan oleh emaknya, berkahwin dek kerana wasiat orang tua-tua lantas mengorbankan isi hatinya dalam diam-diam menaruh perasaan terhadap si 'Arjuna Hati', Dr. Zainur (pensyarah Khalida)?

    Walaupun pada mulanya agak geram dengan Aqmar yang menjadi penghalang cinta antara Zainur dan Khalida, namun daku kira, Aqmar ialah hero yang paling layak diberikan tabik hormat. Hihi. Mana nak cari lelaki sebegini? Yang sanggup bersabar bertahun-tahun dengan Khalida. Yang cintakan Khalida sepenuh jiwa selepas ditinggalkan Tengku Dara, kekasih pertama walaupun pada mulanya sukar untuk memikat hati sang isteri. Tapi Aqmar tetap bersabar. Dan, walaupun daku tak puas hati kejadian di Kanada, tapi yang paling penting, Aqmar sanggup mendahulukan agama demi menyelamatkan akidah Tengku Dara. Sungguh. Daku kasihankan Aqmar selepas berpisah dengan Khalida.

    "Benarkah, bila kita jatuh cinta, kita telah memberikan hak kepada dia untuk melukakan kita?"

    Kisah cinta Aqmar dalam usaha untuk merebut hati sang isteri diserikan lagi dengan kehadiran teman baik, Badrul Hisyam dan Haslinda. Teman baik ini lah yang senantiasa memberi sokongan moral kepada Aqmar dan juga Khalida.

    Namun, bukan semua kisah cinta menemui bahagianya. Kehadiran Tengku Dara telah menggugat keharmonian rumah tangga Aqmar dan Khalida.

    Aqmar dan Tenku Dara. Khalida dan Zainur. Akhirnya masing-masing menemui kebahagiaan dengan cinta pertama mereka.

    NTS, novel paling terbaik. Terima kasih Kak Airina. Sudi bagi pinjam. Kalau tak, manakan dapat saya mengangkat NTS sebagai novel paling terbaik yang pernah saya baca.

  • Ain

    Tajuk buku : Nyanyian Tanjung Sepi
    Penulis : Noor Suraya
    Keluaran :Creative Enterprise
    Halaman : 755 m/s


    Novel Nyanyian Tanjung Sepi buat ainsabrina lama berfikir sendiri. wujudkah lelaki sebaik Aqmar dalam dunia ini yang bisa mengorbankan cinta sesama manusia semata-mata kerana cinta pada Yang Esa ataupun masih wujudkan lelaki sebaik Zainur yang setia menunggu bidadari tecinta?

    Sinopsis Kulit Belakang

    Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?

    Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?
    Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.
    Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.
    Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!




    ...................................................

    Sharifah Nuur Khalida , namanya secantik wajahnya hinggakan Doktor Aqmar Aziz yang sudah membujang lama jatuh cinta. Bagi Aqmar, Khalida ibarat bidadari cinta yang menghangatkan kembali rasa cintanya setelah kehilangan Tunku Dara Aida . Namun sebaliknya pada Khalida, dia lansung tiada rasa buat Aqmar hinggakan dia memberi gelaran doktor gatal pada Aqmar.

    Sebenarnya Khalida menaruh hati pada pensyarahnya Doktor Zainur Arief. Siapa sangka Zainur juga memendam rasa yang sama. Namun kerana memegang gelaran pensyarah Zainur mengambil langkah perlahan sehinggakan Aqmar sudah awal memulakan langkah.

    Ekoran kerana janji antara keluarga, Khalida dan Aqmar bersatu. Dari rasa kekok dan benci, akhirnya Khalida dan Aqmar berkongsi rasa yang sama.
    Namun kebahagian mereka tidak lama. Satu demi satu dugaan menimpa.
    Dari pemergian ibu tercinta ke pemergian satu-satu zuriat yang ada.
    Dugaan yang paling mengejutkan adalah apabila Khalida menerima ahli keluarga baru, madunya Tunku Dara Aida. Aqmar dalam diam mengahwini Tunku Dara Aida. Hati yang remuk dek kerana pemergian insan tercinta makin rapuh sukar disembuh.

    perpisahan akhirnya berlaku.

    Apakah kisah seterusnya selepas itu? Khalida terus bersendiri atau masihkah ada kasih antara dia dan Aqmar? atau adakah ada insan lain buat dia? bahagiakah Aqmar denagn Tunku Dara Aida?

    nak tahu lebih lanjut, kenalah baca buku ni ^^


    Komen Ainsabrina :

    cerita ni bagi saya menarik.lain daripada yang lain. akhirnya memang tak terjangka. kisah ini bagi saya dekat di hati sebab watak utamanya pelajar perubatan dan yang lebih merapatkan adalah USM itu sendiri walaupun kisah ini masa zaman dahulu kala. Zaman pelajar perubatan USM ada di penang dan ada di kelantan. Sekarang ni semuanya di Kelantan. Itu je yang sama, saya tidaklah secantik Khalida (^_^) dan tidak juga menaruh hati pada mana-mana pensyarah. rasa kelakar pulak. Cerita ni buat saya jatuh cinta habis pada Aqmar dan rasa itu hilang saat Aqmar menduakan Khalida. Habis satu kotak tisu dibuatnya. Dari kisah pemergian ibu Khalida ke Nuur Hannah hingga ke perpisahan Khalida dan Aqmar, saya tak berhenti-henti menangis sampaikan teman sebilik di asrama risau. maaf ye kawan. kawanmu seorang ni emosional sikit.
    Dari suka pada watak Aqmar hingga ke geram yang amat pada wataknya. Saya betul-betul tidak dapat terima perbuatannya sehinggalah saya tahu perkara sebenarnya, cerita di sebalik perkahwinannya dengan Tunku Dara Aida. Niatnya baik tapi jauh di sudut hati saya tertanya "tiada cara lain ka?". apa-apa pun keseluruhanya cerita ini menarik, plotnya menarik, lain dari yang lain. Yang penting pengakhirannya bahagia walaupun saya berharap pengakhiran yang lain.

  • Mahadewi

    Saya melihat bagaimana Syarifah Nuur Khalida menjadi dewasa dalam Nyanyian Tanjung Sepi. Wanita sederhana ini menjadi hebat apabila dia tahu bagaimana hendak mengawal hatinya. Meletakkan dirinya sebagai ibu yang tidak mahu memanjakan anak -- padahal dalam hati dia mahu berbuat begitu. Lalu sewaktu anaknya meninggal dia sedaya upaya menjaga kerjaya sebagai doktor yang profesional dengan bersikap manis muka di hospital -- padahal dalam hatinya dan di rumah dia diburu rasa sedih teringat akan si anaknya Nuur Hannah. Lalu kemuncak pada semua ini ialah sikapnya kala Tunku Dara Aida, ada di tengah-tengah antaranya dengan Aqmar.Ya, saya menangis!

    Oh ya, saya suka watak-watak Dr Haslinda dan rakan-rakan belajar Khalida sewaktu belajar di USM. Walau watak Khalida, pendiam dan pemalu, tetapi sahabat-sahabatnya itu memeriahkan Nyanyian Tanjung Sepi. Dan saya juga trut melihat bagaimana Dr Aqmar Aziz yang energetik, penuh humor dan ada emosi berubah sebaliknya, apabila dia kehilangan Khalida. Saya suka watak Dr Zainur. Mungkin sebab saya kenalnya sewaktu membaca blog dahulu (dan saya pernah jatuh suka pada watak mat pemberi payung ini).

    Tetapi jika diminta saya memilih, tentu sahaja saya suka 'ending' Dr. Khalida dengan Dr. Aqmar. Tetapi yalah, kalau saya tidak bersetuju dengan penulis, kenapa saya tidak menulisnya sendiri? Jadi, sebagai pembaca, saya harus hormat keputusan penulis. Dan kalau 'ending' seperti yang saya harapkan -- tentu sahaja Nyanyian Tanjung Sepi tidak akan jadi hebat, kerana kisahnya telah jadi biasa-biasa!

    Tahniah, sebuah karya yang lengkap dan manis. Sangat 'evergreen' kerana setelah membaca 10 tahun selepas ditulis di blog, saya masih rasa ia sebuah kisah baharu dan segar.

    Tidak suka:
    Pada saya, yang janggal adalah penggunakan nama penuh untuk watak-watak, apatah lagi untuk watak sampingan. Mungkin itu gaya rumah penerbitan CESB waktu itu, kerana ketika saya membaca di blog penulis, Noor Suraya tidak menulisnya begitu. Jadi ketika membaca karya penuh ini, saya mula letakkan nama pendek bagi setiap watak, awal-awal lagi.

  • Yazlina Saduri

    Mula-mula baca sebenarnya saya rasa tak berapa nak suka sangat. Sebab tu tak dapat bagi 5star , bukan utk kata novel ni tak best, ia sanhat best dan deserve 5star, cuma rating saya utk perasaan saya sendiri yang 4star. Rasanya sebab asas perkahwinan Lida-Aqmar itu paksaan, kejam bahi saya. Saya rasa tak adil, mentang-mentanglah Umi Syarifah Azizah Jamilah tu kaya, dan dia berpantun puntin sampai bonda Cikgu Raihan tak mampu nak balas smash, Lida terpaksa kahwin muda. Apalagi bila pinangan Dr Zainur yang gentleman tidak diterima tanpa Lida tahu, kejam bagi saya. Iya iya, Bonda Raihan buat gitu sebab Aqmar budiman dan jernih hati orangnya, bukan sangat pasal lain lain hal. Hebat ke tak hebat, kahwin atas dasar paksa juga ada manisnya. Kak Su saja kot yang boleh tulis cerita macam ni. Dari saya marah lama lama jadi kemaruk juga nak terus baca Nyanyian Tanjung Sepi yang lunak lrmak manis.

    Semalam selepas tamat Kerana Memcintaimu Ain, saya nekad baca pula Nyanyian Tanjung Sepi. Hajatnya nak ambil mood dan panjangkan aura Ain dalam hidup saya... yang sekarang sekali lagi dilanda syndrome down-very down-sadly down. Nyanyian Tanjung Sepi ni, kata watak Ain dalam novel yg saya baca semalam, ditulis bagi melakrlar kisah hebat percintaan Dr Khalida. Memang hebat. Saya juga terbawa bawa terkedu dengan pusingan hidup Dr Lida, betapa cinta itu ... entah apa perkataan yang layak untuk describe. Hanya Noor Suraya (dalam otak saya masih lagi Ain), yang bisa menenun menjadi hamparan tenun corak batik tulis atau songket benang emas yang begitu indah. Kalau anda belum baca, cuba lah baca back to back dengan Kerana Mencintaimu Ain. Lepas ni saya nak baca yang mana ya... Biru Ungu Cinta atau Mahadewi atau Kekasih Waktu.

  • kuzzeen

    Susah bebenor nak mendapatkan novel ni..... Kat kedai buku - x ade, kedai buku 'maya' pun mesti timbul ikon 'out of print', tensen betul!

    Dan akhirnya aku merangkak ke Perbadanan Perpustakaan Awam ,hampir 10 naskah di rak (ambik kau!)....ternyata di PPA banyak koleksi novel2 CESB sebenarnya, tapi kena cari jugak untuk buat koleksi di Perpustaan sendiri..

    Nyanyian Tanjung Sepi menyedarkan aku betapa agungnya cinta NYA. Kasih manusia takan kemana....lewati saja jiwa Aqhmar Aziz, Khalida, Dara Aida dan Zainur. Noor Suraya merungkainya satu persatu, tiada yang lebih tiada yang kurang - secukup rasa.

    Cuma aku kurang menggemari penggunaan nama penuh watak-wataknya. Letih mengulang baca.....(well, its was written back in 2006).

    Dan yang aku pasti, Noor Suraya memikatku kerana setiap watak ada 'trademark dan jiwa' tersendiri. Sesuatu yang amat sukar dicapai oleh penulis kini (lontaran dialog yang sama nadanya walaupun berbeza watak)...

  • Suhailah Iskandar

    Perasaan ku lepas baca novel ni, timeless. Secara ikhlas, Syarifah Nuur Khalida, Aqmar Aziz berpaksi atas dasar menyintai Allah. Sayup & penuh dengan emosi, novel ini bagiku.. Timeless as mentioned. Apabila dia dapat merebut peluang untuk bersama kembali pada Zainur, sweet sangat.
    i love it. A lot.

  • MamaErra

    berjurai air mata dibuatnya... kalau dah ulang baca sampai 3x tu... maknanya apa ek?

  • Siti Raudhah

    akhirnya....tamat sudah...alhamdulillah....nice story...

  • Norhani Zaini

    Kisah yang sangat hebat dengan bahasa yang indah. Berjurai air mata. Permulaan agak membosankan. Tapi kekuatan watak-wataknya mampu menghilangkan rasa bosan itu.

  • E-Man Sufi

    saya suka dengan tajuknya,gaya bahasanya dan storynya..superb!

  • Lailee Dee

    Novel yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Kisah cinta abadi dari hamba kepada penciptaNya.
    Suka duka Nuur menghadapi perjalanan hidup memberi satu kekuatan yang boleh dijadikan inspirasi.
    Cinta Aqmar kepada agama sememangnya cinta teragung dalam hidup.
    Novel yang sangat dekat di hati Saya dan salah satu novel terbaik yang Saya pernah baca.
    Kagum dengan penulis yang begitu kuat dalam memberi pengajaran Dan teledan untuk pembacanya.
    Tahniah kak su

  • Husna Musa

    "Nyanyian Tanjung Sepi" (NTS) ini novel ketiga Kak Su yang ku baca selepas "Jaja & Din" (J&D) dan "Cintaku Luruh Di Oxford" (CLDO). Seperti CLDO, NTS ini juga sangat tebal, iaitu sebanyak 755 halaman.

    NTS bukanlah novel terbaru Kak Su - novel terbaru Kak Su pada saat nota ini ditulis adalah "Kekasih Waktu". NTS terbit pada tahun 2006.

    NTS mengisahkan tentang seorang perempuan, Syarifah Nuur Khalida dan dua cintanya; cinta pertama dengan Zainur Arieff dan cinta kedua dengan Aqmar Aziz. Kisah ini berlatar-masa yang agak panjang, iaitu sejak Syarifah Nuur Khalida belum mencecah 20-an sehinggalah umurnya hampir 40-an.

    Seperti biasa, karya Kak Su sarat dengan bahasa yang sungguh puitis, sarat dengan puisi, pantun, segala. NTS digarap dengan begitu halus dan teliti, sehingga keseluruhan jalan ceritanya dapat dihayati.

    Selain kekuatan watak utama - Syarifah Nuur Khalida, watak Aqmar Aziz sebagai hero juga dilakarkan dengan begitu baik. Sehingga ke hujung cerita, Aqmar Aziz konsisten mencintai Syarifah Nuur Khalida walaupun diuji dengan berbagai ujian di alam rumahtangganya.

    Yang paling baik tentang novel ini adalah endingnya - yang akhirnya mengembalikan segala cinta itu kepada Tuhan.

  • Ctriko

    Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala kejadian yang hanya dapat kita sedari di kemudian harinya.

    'Cinta sesama manusia tidak memadai untuk melayarkan bahtera hidup ini. Asasnya, tetap cinta kepada ALLAH. Cinta kepada ALLAH harus melebihi cinta sesama insan. Cinta yang tidak berbanding, cinta yang tiada tandingannya. Cinta kepadaMu, rindu kepadaMu adalah segala-galanya dalam dunia ini.'

    T.E.R.B.A.I.K


  • مستور١ مكنن

    Tak sangka tebal novel ni. Beli pun on9. Haha. Gigih. Sebab dok baca buku Si baju Hijau Serindit tu la punya pasal. Banyak sangat konflik dalam cerita ni. Macam drama la pulak. Drama yang betul-betul drama yang sampai beratus episod tu. Cinta kahwin cerai.. bab cerai tu tak suka. Tapi nak buat cerita yang aku suka je mana ada kan. Dalam realiti pun memang la camtu kan.

  • Zuraimah Ismail

    yeayyyyy berjaya gak dapatkan buku ni as my own collection...

  • Srikandibiologi

    tebal novel ni ;)

  • Filzah

    Ada nama saya dalam ni ^_^

  • Wan Suraya Nadia

    Novel yang sangat menarik...jalan cerita yang bagus, penuh dengan emosi...Kagum dengan perwatakkan Dr.Aqmar Aziz dan Dr.Syarifah Nuur Khalida...

  • Shuqzakaria

    Kalaulah sy. nuur khalida dgn dr.aqmar aziz, sy bg 5 stars utk this novel.either way, a great piece.

  • Hasmidah

    the only novel yg buat saya teringat ingat beberapa hari disebabkan kecewa sgt dgn endingnya. Saya team Dr aqmar aziz 😊. jalan cerita yg sgt best ...

  • Hana

    Antara karya penulis ini yang paling saya minati. Baca berulang kali pun perasaan tetap sama

  • azian2575

    Syarifah Nuur Khalida & Zainur Ariff